Pengkolonian (biologi)

Rajah menunjukkan bakteria tumbuh dan membentuk biofilem pada permukaan

Pengkolonian[1] ialah proses biologi berlaku apabila satu spesies merebak ke kawasan baru. Pengkolonian sering merujuk kepada penghijrahan berjaya sesuatu populasi sehingga menjadi bersepadu ke dalam komuniti ekologi, setelah merintang terhadap ancaman kepupusan tempatan pada peringkat awal. Dalam ekologi, ia diwakili oleh simbol λ (huruf kecil lambda) untuk menandakan kadar pertumbuhan intrinsik jangka panjang populasi.

Satu model saintifik klasik dalam biogeografi menyatakan bahawa sesuatu spesies mesti terus menjajah kawasan baharu sepanjang kitaran hayatnya (dipanggil kitaran takson) untuk mencapai kepanjangan hayat.[2] Sehubungan itu, penjajahan dan kepupusan adalah komponen utama biogeografi pulau, teori yang mempunyai banyak aplikasi dalam ekologi, seperti metapopulasi.

  1. ^ Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. "Carian Umum "pengkolonian", bahagian istilah bahasa Melayu, bidang biologi subbidang ekologi". Pusat Rujukan Persuratan Rasmi. Dicapai pada 14 Julai 2023.
  2. ^ Wilson, E.O. (1962) The nature of the Taxon Cycle in Melanesian ant fauna "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-07-20. Dicapai pada 2010-09-25.CS1 maint: archived copy as title (link) The American Naturalist

© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search